Amy Robertson
+971 504788319
VentureOne dan ADASI Bekerjasama untuk Menyepadukan Teknologi Penerbangan Autonomi Berkuasakan TII – Perceptra dan Saluki Diumumkan di IDEX 2025
Pada masa ini, yang menyaksikan teknologi dwi guna semakin kuat memacu ekonomi skala di seluruh dunia, ADASI, pemimpin dalam pembuatan sistem UAV, telah mengumumkan keputusan mereka untuk menggunakan dua teknologi penerbangan berautomomi tercanggih oleh VentureOne Abu Dhabi: Perceptra, teknologi navigasi tanpa GPS tercanggih baharu, dan Saluki, teknologi pengawalan penerbangan keselamatan tinggi untuk sistem berautonomi.
Teknologi ini, kedua-duanya dibangunkan oleh Technology Innovation Institute, direka untuk melaksanakan operasi lasak dalam persekitaran yang paling mencabar. Ia telah dioptimumkan untuk pengilang UAV, menawarkan ciri lasak yang ditingkatkan, ketepatan dan keselamatan untuk operasi aerial berautonomi. Perjanjian antara VentureOne, ADASI, dan TII telah dirasmikan di IDEX 2025, pameran pertahanan terbesar di Timur Tengah, di mana Saluki dan Perceptra diumumkan.
Teknologi Global Positioning System (GPS) telah lama menjadi tonggak penting navigasi, menyokong penggunaan daripada penggunaan telefon pintar hingga operasi pertahanan kritikal dan ketenteraan. Namun, pergantungan meluas pada GPS telah mendedahkan kerentanan yang boleh dieksploitasikan melalui teknik seperti penyesakan dan perdayaan. Penyesakan berlaku apabila isyarat pada frekuensi yang sama mengganggu penerima GPS, menghalang penjejakan lokasi yang tepat, manakala perdayaan melibatkan penghantaran isyarat palsu untuk memperdayakan penerima agar mengira kedudukan atau masa yang tidak tepat. Kerentanan ini menimbulkan risiko yang tinggi merentasi sektor yang bergantung pada navigasi yang tepat, termasuk dron berautonomi, penerbangan komersial, dan pesawat tentera.
Dalam pertahanan dan keselamatan, isyarat GPS yang dikompromi boleh memberi impak kepada kejayaan misi dan keselamatan kakitangan, manakala dalam penerbangan, ralat navigasi boleh menyebabkan penyimpangan laluan penerbangan dan gangguan operasi - laporan yang menyatakan bahawa pengawal selia industri penerbangan dan antarabangsa seperti IATA dan pengawal selia Eropah EASA sedang mencari penyelesaian yang mendesak untuk gangguan GPS, menurut laporan Reuters pada tahun 2024.
Bagi sistem berautonomi seperti dron dan kenderaan pandu sendiri, ketidakupayaan untuk mengekalkan kedudukan yang tepat boleh mengundang bahaya keselamatan, khususnya dalam persekitaran yang dinamik atau berisiko tinggi, daripada penerbangan hingga pertahanan. Pada ketika penggunaan sistem yang bergantung pada GPS terus meningkat, keperluan untuk penyelesaian navigasi alternatif yang tahan lasak telah menjadi semakin kritikal. Perceptra dan Saluki telah mengatasi beberapa banyak cabaran hari ini dengan navigasi berasaskan visi yang canggih, menunjukkan prestasi yang andal dan tahan lasak.
Dr. Najwa Aaraj, CEO dari TII, berkata, “Perceptra, dengan keupayaan tanpa GPS, dan Saluki, dengan seni bina Zero Trust, mewakili lonjakan besar dalam navigasi berautonomi dengan potensi untuk mentransformasikan berbilang sektor. Daripada menyokong perjalanan selamat dalam penerbangan komersial, misi mencari-dan-menyelamat dengan navigasi yang tepat, hingga mendayakan logistik dron kawasan bandar yang cekap untuk penghantaran di bandar yang padat dengan penduduk, teknologi ini telah digunakan secara meluas di dunia. Kebolehsuaiannya juga menjadikannya tidak ternilai dalam pertahanan, memastikan operasi yang selamat dan tahan lasak, walaupun dalam persekitaran yang paling mencabar. Kerjasama ini menunjukkan komitmen kami kepada usaha untuk membangunkan teknologi dwi guna yang memenuhi keperluan awam dan pertahanan dan pada masa yang sama menjadikan UAE pemimpim dalam sistem berautonomi generasi seterusnya.”
Perceptra ialah sistem berasaskan visi yang memastikan navigasi yang andal tanpa GPS, yang membolehkan platform aerial beroperasi dalam persekitaran tanpa GNSS. Ia menampilkan penguncian semula visual, ralat navigasi yang rendah, dan penyepaduan mudah merentasi platform untuk risikan, pengawasan, tinjauan dan taktik perang elektronik.
Saluki ialah pengawal penerbangan berprestasi tinggi yang selamat dan komputer misi dengan seni bina Zero Trust. Dengan keserasian PX4, keupayaan Gen AI, dan kuasa pengiraan 300 TOPS, ia menyokong pengurusan berbilang kenderaan untuk aplikasi pertahanan misi kritikal
“Di ADASI, kami menyepadukan hanya teknologi yang paling canggih dan terbukti di lapangan untuk memastikan UAV kami beroperasi dengan ketepatan, ketahanan dan keselamatan yang tiada tandingan walaupun dalam persekitaran yang mengalami persaingan yang paling tinggi,” kata Juma Al Kaabi, CEO ADASI. “Perceptra dan Saluki memberikan apa yang diperlukan oleh UAV generasi seterus: navigasi bebas GPS yang selamat dan kawalan misi berkuasakan AI.”
“VentureOne dikhususkan untuk memastikan penyelidian tercanggih menjadi realiti untuk memberikan impak positif dan mentransformasikan industri,” kata Reda Nidhakou, Pemangku CEO VentureOne. “Saluki dan Perceptra hanya dua daripada banyak inovasi akan datang yang akan membantu memastikan operasi dron yang lebih lasak dan selamat dalam pelbagai sektor, bermula dengan pertahanan. Kami sedang mengusahakan autonomi udara dan portfolio keselamatan yang lebih komprehensf yang akan memainkan peranan penting dalam operasi dron pada masa hadapan.”
Pada minggu lepas, TII mengumumkan kerjasamanya dengan General Civil Aviation Authority (GCAA) untuk menyokong usaha kawal selia dengan membangunkan metodologi yang canggih untuk reka bentuk koridor udara. Metodologi ini berhasrat untuk mengoptimumkan laluan penerbangan dan mengurangkan risiko insiden aerial dalam ruang udara bandar yang kompleks, memastikan navigasi selamat dan cekap untuk teksi dron dengan kawalan juruterbang dan berautonomi. Usaha ini, bersama Perceptra dan Saluki, mengukuhkan visi Abu Dhabi untuk menerajui navigasi generasi seterusnya dan autonomi berkuasakan AI.
VentureOne dan TII adalah sebahagian daripada Advanced Technology Research Council (ATRC), yang mengawasi penyelidikan dan pembangunan ekosistem Abu Dhabi untuk memajukan teknologi transformatif dengan impak global. ADASI ialah sebahagian daripada EDGE Group, konglomerat teknologi canggih dan pertahanan.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Amy Robertson
+971 504788319