Wooud Alquaied
walquaied@mep.gov.sa
Delegasi Arab Saudi ke Mesyuarat Tahunan World Economic Forum (WEF) hari ini menerangkan strateginya untuk menulis semula perancangan ekonomi dalam beberapa sesi utama, termasuk sesi yang diketuai oleh Kerajaan tentang transformasi ekonominya.
Dalam sesi yang bertajuk ‘Saudi Arabia’s Economic Shifts’, Yang Mulia Mohammed A. Aljadaan, Menteri Kewangan, menerangkan kuasa utama yang memacu transformasi Negara tersebut: "Seluruh negara telah digerakkan di belakang Visi 2030 Saudi. Ada visi sangat jelas yang menjadi tumpuan utama warganya, komuniti perniagaan dan kerajaan. Kami mempunyai kepimpinan yang memandang jauh ke hadapan, dan siap sedia untuk membuat keputusan yang sukar, serta konsisten.”
Sebelum itu, dalam ‘The Road Ahead for Scaling AI’, Yang Mulia Abdullah A. Alswaha, Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat, menggariskan usaha Negara ini untuk memupuk dialog global untuk memacu kemajuan inklusif. Beliau berkata: "Negara ini hari ini, di Davos, sedang bekerjasama dengan rakan kongsi, inovator dan pembuat dasar yang sealiran untuk melihat bagaimana kita boleh memanfaatkan kelebihan daya saing kita dan kedudukan kita untuk memberi manfaat kepada umat manusia dan meningkatkan ekonomi AI pada era ini.”
Yang Mulia Bandar I. Alkhorayef, Menteri Industri dan Sumber Mineral, mengambil bahagian dalam sesi 'Next-Gen Industrial Infrastucture'. Beliau berkata: "Pada hari ini apa yang kami lakukan di Arab Saudi, daripada segi aspirasi kami untuk mempelbagaikan ekonomi kami, boleh didayakan dengan teknologi. Melalui usaha kerajaan hari ini, jelas sekali bahawa kami mengutamakan infrastruktur dan ketersambungan digital. Kami percaya bahawa pembuatan adalah sektor penting untuk mengembangkan ekonomi dan kami komited untuk membina teknologi yang akan membentuk masa hadapannya.”
Yang Mulia Faisal F. Alibrahim, Menteri Ekonomi dan Perancangan: “Kita semua sedang tercari-cari jentera pertumbuhan. Kisah Kerajaan ini adalah contoh bagaimana transformasi merupakan jentera pertumbuhan. Walaupun keadaan ekonomi pada tahun-tahun 2020an agak lembab, Negara ini telah dapat menggerakkan jentera pertumbuhan baharu dan terus melangkah ke hadapan. ”
Suruhanjaya Diraja untuk Jubail and Yanbu (RCJY) mengumumkan bahawa Bandar Industri Jubail telah menjadi bandar pertama di rantau ini yang menyertai Peralihan Kluster Industri WEF kepada inisiatif Pembangunan Lestari. Dilancarkan oleh WEF di Davos 2025 dengan kerjasama Accenture dan Electric Power Research Institute (EPRI), inisiatif ini berhasrat untuk mempercepatkan penyahkarbonan kluster industri.
Pihak Berkuasa Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi telah menerbitkan laporan khas tentang “Saudi Arabia’s Markets of Tomorrow Accelerator”. Inisiatif yang dilancarkan dengan kerjasama Accelerator Network WEF. Laporan ini mengetengahkan usaha inisiatif ini untuk memacu transformasi ekonomi melalui penyelesaian inovatif yang berfokuskan keusahawanan, serta menggariskan visinya untuk memupuk pertumbuhan pasaran baharu utama dalam Negara. Ia juga meneroka bagaimana inisiatif ini menangani cabaran dan mempercepatkan pembangunan untuk diselaraskan dengan matlamat Visi 2030 Saudi.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Wooud Alquaied
walquaied@mep.gov.sa